Tudiaa !! Tol percuma bukan sepanjang minggu Aidilfitri, ini 4 perkara hampa kena tahu

Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman, ramai yang menarik nafas lega kerana tidak terbeban dengan pembayaran tol.

Dilaporkan, tol percuma itu diberikan selepas kerajaan melakukan sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan tol percuma ini yang bukannya diberikan sepanjang hari raya dan bukan semua lebuh raya memberikan diskaun tersebut.

Tol percuma untuk 4 hari, bukan sepanjang minggu
Bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad)
Bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad)

Bukan semua lebuh raya berikan tol percuma

Hanya sembilan lebuh raya memberikan tol percuma iaitu:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Masih perlu gunakan SmartTAG, kad Touch ‘n Go, RFID
Ya kerajaan menawarkan tol percuma namun anda masih perlu menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID kerana anda masih perlu menggunakan lorong di plaza tol.

Perlu diingat, kalau anda masuk melalui RFID, anda harus keluar melalui lorong RFID juga.

Patuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari PLUS
Selepas tol percuma itu diumumkan, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang beraya ke kampung.

Jadi, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut TTA seperti dicadangkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah