Posts

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Image
Habis ternganga seantero walaunta dan walauntit bila mendengar pengumuman konsep cagaran KWSP yang dibentang oleh PMX. Mereka termenung, terduduk dan tertiarap sementelah diketahui rupanya tiada ansuran bulanan akan dibebankan. Dalam kemalapan idea, mereka terus secara terdesak bertanya - apakah maknanya duit sendiri dikenakan interest pinjaman? Maka jawablah begini tuan-tuan; Jumlah % pinjaman adalah lebih kurang setara dengan jumlah % dividen KWSP. Ini juga bermakna setiap pencarum yang mengambil inisiatif cagaran KWSP ini, tidak dibebankan dengan interest, dan tidak juga didapatkan dividen. faham? Contohnya: Pencarum cagar 10k KWSP dalam bentuk pinjaman dikenakan Interest 5% bank, namun dalam masa sama duit 10k yang masih ada dalam KWSP itu tetap dapat 5% dividen KWSP. Faham? kalau tidak faham, bicara mudahnya ialah, kau dah keluar duit dari KWSP, takkan kau masih mengharapkan dividen dari jumlah yang dikeluarkan?? Begitulah kisahnya yang bakal menutup isu pengeluaran KW

Tudiaa.!! Pinjam bank guna KWSP, ini yang perlu anda tahu

Image
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, bermula 7 April bagi fasa satu.  Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon menerusi bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), selain mempertimbangkan penyertaan lebih banyak bank. “Semasa fasa satu, yang akan bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian,” menurut KWSP. Sementara itu, menurut KWSP,  tarikh mula fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat. Institusi itu memaklumkan dengan kemudahan berkenaan semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mereka mempunyai juml

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah

Image
Rasuah ini sudah menjadi norma dalam kalangan manusia, tidak kira yang kuat agama mahupun yang pegangannya lemah. Dalam dunia yang memerlukan duit ini, pastinya akan ada yang tidak mahu berputih mata dengan tawaran berupa wang walaupun ia adalah rasuah. Watak orang yang sembahyang tidak tinggal dan bergelar ‘Haji’ hingga tergamak untuk memakan wang haram sudah biasa dilihat. Namun tidak di mata polis seperti Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Kata Ketua Polis Johor itu, watak sebegitu sudah banyak dikesan. Pengalaman luas dan lama di Cawangan Khas Bukit Aman mengajar Ayob untuk membaca manusia rata-rata dan tidak mudah terperdaya dengan lakonan mereka. “Orang Malaysia kita ini ada kecenderungan bila nampak orang derma sahaja, (perbuatan) yang lain tertutup. “Kita nampak seseorang itu pernah terlibat dengan itu dan ini tetapi ada gelaran, rumah besar, duit banyak sampai bertabur atas lantai. “Takkan tak terdetik persoalan ‘dari mana dia dapat duit banyak begitu? Dia bisnes apa?”

Tudiaa !! Tol percuma bukan sepanjang minggu Aidilfitri, ini 4 perkara hampa kena tahu

Image
Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman, ramai yang menarik nafas lega kerana tidak terbeban dengan pembayaran tol. Dilaporkan, tol percuma itu diberikan selepas kerajaan melakukan sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan tol percuma ini yang bukannya diberikan sepanjang hari raya dan bukan semua lebuh raya memberikan diskaun tersebut. Tol percuma untuk 4 hari, bukan sepanjang minggu Bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) Bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) Bukan semua lebuh raya berikan tol percuma Hanya sembilan lebuh raya memberikan tol percuma iaitu: 1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus) 2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 3. Lebuhraya Seremban –

BN KEMBALI KUAT, PH DAN PEMBANGKANG SEMAKIN MERANA..PASAI PA..?

Image
Pelik la aku. Yang buat masalah rasuah biliyun biliyun ni pemimpin UMNO. Yang rasuah dan salah guna kuasa pun banyak pimpinan UMNO. Yang khianati muafakat pun UMNO. Yang langgar nasihat YDPA untuk buat PRN masa pandemik dengan alasan bodoh pun UMNO. Tapi rakyat masih lagi pilih mereka." Seorang rakan ambo yang merupakan penyokong dan pendokong tegar PH pagi-pagi lagi menghantar ambo mesej ini. Ambo awalnya membaca dengan sebelah mata sahaja. Sebelah mata lagi tertutup dek kerana mengantuk. Maklumlah semalam meraikan hatrik CR7. Dalam keadaan mamai, ambo membalas ringkas. " Demo tau tak, sudah berapa game CR7 tak jaringkan gol. Sudah banyak mana dia miss. Ada khabar angin kata dia cedera. Rangnick pun tak mau guna dia semasa game melawan Man City dengan alasan taktikal. Tau apa CR7 buat? Dia balik Portugal.  Lepas tu apa jadi?  Bang.Bang.Bang. Semalam CR7 Hatrik. Penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 807 gol. Selepas game, Rangnick kata, kalau macam ni lah pre

Tudiaa !! Kain rentang Pas tolak PN, mahu MN bersepah di Johor

Image
Sekurang-kurangnya tujuh lokasi di Johor termasuk di jejantas digantung dengan kain rentang mengenai sikap Pas menolak Perikatan Nasional (PN). Dalam masa sama, intipati yang terpapar pada kain rentang itu ialah ahli Pas kononnya mahukan Muafakat Nasional (MN) iaitu gabungan dengan Umno yang telah dimeterai pada September 2019. ‘Perang’ kain rentang itu dilihat mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjelang tarikh penamaan calon pada 26 Februari ini. Antara ungkapan yang terpampang pada kain rentang tersebut ialah, “Tolong dengar suara hati ahli Pas di bawah yang mahukan MN dan bukannya PN.” Bahkan, ada juga banting yang ‘mengugut’ bahawa jentera pilihan raya tidak akan bertugas pada PRN Johor jika memilih PN. Kesemua gantungan kain rentang itu dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi  Facebook  rasminya hari ini. Beliau menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai paling banyak ahli politik yang lompat part

Tudiaa !! Akhirnya Sarawak bakal miliki Perdana Menterinya sendiri

Image
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan dengan sokongan 67 Adun, demikian dilaporkan portal MalaysiaNow semalam. Rang undang-undang antara lain bertujuan untuk menggantikan gelaran “ketua menteri” dalam perlembagaan negeri dengan “perdana” diluluskan dengan majoriti dua pertiga selepas bacaan ketiganya di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 mendapat sokongan 67 Adun selepas hampir lima jam dibahaskan.