Tudiaa !! Ustaz Pas bawa jemaah umrah tidak divaksin?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyelar tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.

Dalam kenyataan yang dilaporkan akhbar Sinar Harian sebentar tadi, beliau menegaskan, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Saya kesal perkara itu berlaku sedangkan syarat sudah ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada kakitangan yang terlibat di Kompleks Islam Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengakuan pendakwah tersebut yang membawa jemaah umrah tanpa vaksinasi.

Idris berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan tindakan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.

“Saya harap mereka siasat bagaimana jemaah tidak divaksin boleh lolos,” katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memanggil Abu Syafiq untuk penjelasan, Idris berkata pihaknya bersedia untuk menasihatinya.

“Iya. Mungkin kita boleh panggil dia untuk tanya kenapa buat begitu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah