Tudiaa !! PH akan gabung semua pembangkang dalam PRN Johor


Pakatan Harapan (PH) akan menggabungkan seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil dalam usaha memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH berkata, langkah tersebut bukan sahaja demi memenangi semula mandat rakyat yang telah diperolehi pada PRU-14 tetapi dengan matlamat membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil demi masa depan Johor yang lebih baik.

Kenyataan bersama PH itu ditandatangani Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Wilfred Madius Tangau.

Berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, PH berpendapat tindakan itu diatur khusus untuk mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada kadar segera.

“Pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak Covid-19, dan banjir, PRN Johor akan amat membebankan rakyat.

“Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk bertanding dalam PRN Johor.

“Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam masa sama, Majlis Presiden PH menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperbetul Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kempen PRN Johor bagi membolehkan aktiviti seperti ceramah serta kempen bersemuka diadakan dengan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah