Tudiaa !! Bersatu cuba mintak nyawa di PRN Johor, cadang tubuh Muafakat Rakyat bersama PH lawan Umno/BN


Bersatu cuba mintak nyawa di PRN Johor, cadang tubuh Muafakat Rakyat Johor lawan Umno/BN. Bersatu Johor Bahru mencadangkan supaya diwujudkan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) yang menggabungkan Perikatan Nasional (PN) bersama semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH), Pejuang, MUDA dan Warisan untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, formula meletakkan PN, PH dan parti pembangkang di bawah satu panji adalah relevan dan dilihat terbaik.

“Selain penggunaan nama MRJ, kita juga boleh namakan gabungan Perikatan Nasional (PN), PH dan parti pembangkang ini sebagai Gabungan Rakyat Johor atau GRJ seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang digunakan dalam PRN Sabah.

“Formula gabungan PH sebelum ini berjaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kemuafakatan dalam parti dan rakan seperjuangan adalah kunci kejayaan untuk menang dalam PRN Johor,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, parti yang menentang Barisan Nasional (BN) perlu berada di bawah satu panji.

“Jika tidak, sia-sia sahaja kerana kemenangan akan berpihak kepada Umno,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang perlu membuktikan kepada rakyat Johor berhubung muafakat sesama parti berkenaan.

“Tidak mustahil muafakat ini dapat menumbangkan BN sekali lagi,” katanya.

Sumber | FMT

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah