Tudiaa..!!! Anwar ulas cadangan agar PH dan PN bekerjasama

Anwar ulas cadangan agar PH dan PN bekerjasama
Tiada sebarang perbincangan yang dibuat dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai cadangan bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron supaya gabungan itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dilihat sekadar pandangan peribadi Idris dan ia tidak berbangkit di peringkat PH.

“Itu pandangan peribadi beliau, belum pun diangkat, kami dalam parti tidak melontarkan idea-idea seperti itu, kerana terlalu banyak implikasi.

“Terlalu awal dan tidak berbangkit sama sekali peringkat sekarang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru dan PIBG serta Sumbangan Peringkat Parlimen Port Dickson di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, hari ini.

Media semalam melaporkan, Idris yang tewas sebagai calon PH dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan lalu mencadangkan PH dan PN bekerjasama dalam PRU15 nanti.

Beliau berkata, ia agak sukar untuk PH mendapatkan sokongan sekiranya gabungan itu memilih untuk bergerak bersendirian tanpa kerjasama daripada parti lain.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, ia agak sukar sekiranya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat.

“Seperti yang kita tahu dalam PRN Melaka dan Sarawak, memang terlalu banyak kekangan kalau diteruskan pilihan raya dalam keadaan sekarang.

“Nama sahaja pilihan raya tetapi sekatan banyak sangat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah