Tudiaa !!! MoU kerajaan dengan PH setebal 17 muka surat kini dipamer kepada umum

PETALING JAYA : Pemerkasaan Pelan 
Covid-19 yang merangkumi penambahan had dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion seperti diluluskan Parlimen pada tahun lalu kepada RM110 bilion antara kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Pusat dan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi dokumen setebal 17 muka surat itu juga menyebut perincian dan intipati antara enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Selain itu, di bawah klausa Pemerkasaan Pelan Covid-19, ia juga menyebut bantuan tunai sebanyak RM10 bilion yang akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.

“Bantuan tunai ini akan teruskan pada tahun 2022 untuk golongan B40 meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan golongan M40 yang kehilangan pendapatan.

“Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi, dana tambahan Kumpulan Wang Covid-19 akan digunakan bagi membantu insentif pengambilan pekerja serta meningkatkan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana termasuk kumpulan informal dan mikro,” jelas MoU tersebut.

Maklumat terperinci MoU yang dimeterai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin PH boleh didapati di 

https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/bkk/MOU.pdf. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Tudiaa !!! Selepas Julau dan Tebrau, MP Putatan calon seterusnya. Lengkapkan hattrik 3 MP PKR yang melompat

Tudiaa..!! Pinjam bank guna KWSP, Rakyat tidak perlu bayar pinjaman ini secara bulanan

Tudiaa..!! Ayob Khan buat pendedahan mengejut, dakwa orang agama paling kuat buat rasuah